Pentaksiran merupakan
satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang
pelajar bagi sesuatu tujuan(LPM,2000)
TUJUAN PENTAKSIRAN
Sebagai
seorang pelajar sikap anda terhadap apa jua bentuk pentaksiran sangat penting.
Memahami pentaksiran tersebut, terutama yang
terlibat dengan diri anda sangat membantu semasa melaksanakan pelabagai tugasan
dan menghadapi ujian atau peperiksaan.
PENTAKSIRAN
Satu proses untuk
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu
proses pendidikan.
Proses:
Langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil
yang dikehendaki.
Maklumat:
Bukti tentang prestasi
pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir
KONSEP PENTAKSIRAN
Merupakan satu episod
dalam proses pembelajaran.
Merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor
dan menginterprestasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar
bagi tujuan tertentu.
Tujuan Pentaksiran
1)Proses mendapatkan
gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
2)Mendapatkan maklumat secara berterusan
tentang pengajaran dan pembelajaran
3)membaiki pengajaran dan pembelajaran
4) menilai aktiviti
yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran.
Rajah 1:Pentaksiran bagi mengukur prestasi seseorang.
Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian:
PENGUKURAN
Proses untuk
mendapatkan penjelasan secara numerik pencapaian pelajar.
Contoh : markah }
Asma=65% Saybah=80%
PENGUJIAN
Satu prosedur
sistematik untuk menilai perlakuan/tingkahlaku/kemahiran/ilmu pengetahuan
pelajar dan dijelaskan dengan bantuan skala nombor
Contoh satu set soalan untuk mengukur objektif
pengajaran :
UPSR, PT3, SPM dan STPM.
PENILAIAN
Proses
sistematik digunakan untuk mengumpul dan menganalisi data bagi menentukan samada
objektif yang ditetapkan tercapai dan membandingkan status individu yang dinilai.
JENIS PENTAKSIRAN
PENILAIAN FORMATIF
Dijalankan secara berterusan semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk mengenalpasti dan membaiki kelemahan (cth: ujian
mingguan, kuiz).
PENILAIAN SUMATIF
Dijalankan di akhir sesuatu pengajaran atau program untuk menndapatkan maklumat
tentang pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang
tahun (cth: SPM)
PENTAKSIRAN DI IPG
Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG
1)Peperiksaan
2)Kerja Kursus
a)Projek
b)Amali
c)Ujian
akhir kursus
3)Penilaian praktikum
4)Penilaian BIG (Bina Insan Guru)
1)Peperiksaan=
pada akhir setiap semester.
2)Tugasan
Harian= dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus.
3)Praktikum=Semester
5,6,7
4)Bina
Insan Guru=Setiap Semester
5)Aktiviti
Kokurikulum=
Semester 3 dan 4 -unit uniform/olahraga.
Semester1 dan 2 -persatuan/kelab dan
sukan/permainan
6)Internship=Semester
8
PERSEDIAAN
UNTUK TAKSIRAN
1)Menyusun
jadual belajar yang baik.
2)Membaca
dari pelbagai sumber
3)Mengumpul
dan Menganalisis maklumat.
4)Membuat
nota yang baik.
5)Ulangkaji.
6)Faham
dan hafal nota.
7)Menyediakan
diri mental dan fizikal untuk menjalani praktikum,BIG,aktiviti ko-kurikulum.
TUGASAN
INDIVIDU
1)Pelajar perlu
mengumpul dan menyediakan nota yang baik.
2)Pelajar hendaklah
membuat ulang kaji.
3)Pelajar hendaklah
membuat,dan memahami nota.
4)Pelajar hendaklah
menyediakan perancangan untuk mengulang kaji.
TUGASAN
BERKUMPULAN
-> Bergantung
kepada objektif penilaian kerja kursus subjek berkenaan.
-> Penilaian
dilakukan dalam 3 bentuk iaitu:
Contoh=penulisan
esei
=persembahan
=penulisan refleksi
INTEGRITI
PELAJAR
Integriti
membawa erti keutuhan dan kesempurnaan dari semua segi baik,kejujuran,dan
ketelusan.
Integriti
amat penting dalam menyelesaikan kerja kursus.
Idea
atau hasil yang dipersembahkan adalah idea yang tulen/asli dan bukan yang diciplak.
RUJUKAN.
Boon
Pong Ying. (2017). SPG Pentaksiran dalam Pendidikan. OXFORD FAJAR.
Retrieved from
https://www.oxfordfajar.com.my/higher-education/spg-pentaksiran-dalam-pendidikan/1941
INSTITUT
PENDIDIKAN GURU MALAYSIA. (2016). BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN. CYBERJAYA,
SELANGOR, MALAYSIA: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA. Retrieved from
http://ipgkpt.edu.my/tawarankursus/BUKU%20PANDUAN%20PENTAKSIRAN_pdf_SECURED.pdf
Norlly
Mohd Isa dan Hamimah Abu Naim. (2013). Kajian Keperluan Pembinaan Modul
Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi Tajuk Dinamik Dalam Matapelajaran Sains
Tingkatan 2. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/38128/1/38128.pdf
Adi Badiozaman Tuah (2007). Sistem
Pentaksiran Kebangsaan - Pelengkap Kurikulum dalam
Pembentukan Modal Insan Gemilang.
Persidangan Kurikulum Kebangsaan 2007
Negeri Sembilan: Pusat
Perkembangan Kurikulum .